Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan

KUALA LUMPUR 19 MEI - Pengguna kenderaan berat di negara ini berpeluang berjimat sehingga 30 peratus penggunaan bahan api menerusi gajet penjimatan minyak terkini, MaxPower Revolution Heavy Duty (MP-R HD).

Ketua Pegawai Eksekutif Kilauan Impian Sdn. Bhd, Shaharizal Ariffin berkata, produk terbaharu keluaran syarikatnya itu merupakan inovasi daripada gajet MP-R kereta dan bakal menembusi pasaran luar termasuk Indonesia, Filipina serta Thailand dalam masa terdekat.
"MP-R HD tercetus hasil permintaan tinggi daripada pengusaha-pengusaha lori dan bas yang berpuas hati dengan keberkesanan gajet ini yang pada asalnya direka khusus untuk kereta.
"Sehingga kini, sebanyak 2,000 unit MP-R HD laris dijual walaupun baru sebulan produk ini diperkenalkan di pasaran Malaysia dan melihat kepada perkembangan positif itu kita menyasarkan penjualan mencecah 3,000 unit pada setiap bulan," katanya dalam majlis pelancaran produk itu di sini hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Pengerusi Kilauan Impian Sdn. Bhd, Shaharudin Ariffin.
Gajet penjimatan minyak MP-R merupakan inovasi anak tempatan berdasarkan teknologi Jepun yang menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk menjimatkan penggunaan bahan api, menambah kuasa pecutan, memanjangkan jangka hayat alat ganti dan mengoptimumkan fungsi alat-alat elektronik dalam kenderaan.
Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya menyambut baik inovasi anak tempatan sekali gus menyatakan kesudian untuk berkerjasama mengetengahkan produk-produk terbaik ke pasaran antarabangsa.
"Di sinilah peranan Kementerian Luar sebagai agen kepada masyarakat dalam negara yang mahu memasarkan produk di peringkat antarabangsa, menariknya langkah itu juga membolehkan rakyat negara luar untuk turut sama menikmati teknologi terkini dari Malaysia," katanya.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan MP-R HD yang bersaiz kompak pada harga promosi serendah RM299.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan pengedar, layari laman sesawang www.mpr4u.my dan www.fb.com.mpr4u atau hubungi talian 010-5109311


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130520/ko_04/Gajet-penjimatan-minyak-kenderaan-berat-MP-R-HD-dilancarkan#ixzz4Kgx4kYrv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Popular posts from this blog

6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

TESTIMONI PENGGUNA MPR