151 Saman dikeluarkan bagi Ops Samseng Jalanan

Op Samseng Jalanan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Plaza Tol Puchong Barat, Lebuhraya Damansara-Puchong dari Sabtu hingga pagi semalam menyaksikan 151 saman dikeluarkan, lapor Bernama.

Ketua Polis Subang Jaya, ACP Mohamad Azlin Sadari berkata operasi yang bermula sejak 10 pagi Sabtu dan berakhir enam pagi semalam disasarkan untuk membanteras gangster jalanan, mengesan motosikal curi dan individu-individu yang dikehendaki di sekitar kawasan berkenaan.

Tambah beliau lagi, polis menjalankan pemerikasaan terhadap 253 orang dan menahan empat individu yang positif ujian methamphetamine dantetrahydrocannabinol.

“Selain itu, 230 motosikal turut diperiksa, di mana 51 daripadanya disita di atas beberapa kesalahan termasuk motosikal curi, menggunakan nombor pendaftaran palsu, tiada lesen dan cukai jalan,” tambah beliau.

Operasi berkenaan melibatkan enam pegawai dan 38 anggota dari Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. Ia turut disertai oleh lima pegawai dengan 18 anggota dari Ibupejabat Polis Subang Jaya serta lapan anggota polis bantuan dari Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak).

Sila klik link ini utk info yg lebih ttg kereta www.fb./mpr4u

Popular posts from this blog

6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

TESTIMONI PENGGUNA MPR