Posts

Showing posts from May, 2017

Berapa Kos Sara Kereta Anda Yg sebenar? MYVII Lebih 1,200 Sebulan

Image
Berapa Kos Sara Kereta yang Sebenar? Bukan Bayar Ansuran Sahaja   RAMAI orang bertanya, berapa  kos sara kereta  yang sebenar? Nasihat pakar kewangan, jangan beli kereta baharu kerana ia satu bentuk pelaburan susut nilai. Komitmen hutang bank kekal bertahun lama, sedangkan kondisi kereta dan nilai jual semula (resale value) merosot sebaik saja keluar bilik pameran. Kata pakar-pakar itu lagi, kalau terpaksa juga beli kereta, carilah  kereta terpakai yang murah  bayaran ansurannya. Ini kerana membeli kereta bukan saja tentang kemampuan anda melangsaikan ansuran bulanan, tetapi juga kos senggara, baik pulih dan petrol. Jika anda membayar ansuran Perodua Myvi lebih kurang  RM550 sebulan , anda sebenarnya turut menanggung kos-kos lain. Sekarang,  MPR  akan bantu anda merangka dan merancang serta membuatkan anda berfikir mengenai  anggaran kasar kos sara kereta anda  dengan menggunakan  Perodua Myvi  sebagai contoh kajian. Setiap kos berbeza mengikut  jenis kereta, k

Kajian: Hampir 60% warga kota terbeban kos sara hidup

Image
  Kajian: Hampir 60% warga kota terbeban kos sara hidup Sekitar 59.7 peratus penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Memetik laporan yang disediakan oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri dari Fakulti Ekologi Manusia UPM, 52.6 peratus lagi warga kota juga terbeban yang hutang yang menimbun. "Daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa majoriti isi rumah miskin bandar menyatakan bahawa mereka terkesan dengan beban hutang yang ditanggung dan peningkatan kos sara hidup membebankan mereka. "Majoriti responden bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai simpanan untuk persaraan manakala tiga bentuk pinjaman utama ialah sewa beli kenderaan, perumahan dan pinjaman peribadi," kata laporan itu.   Laporan tersebut disiarkan dalam makalah  Ringgit  edisi April 2017 yang diterbitkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Nega