6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA






Clutch magnet ni korang boleh tengok dulu , kalau dah cair macam gambar ni memang kena tukar clutch magnet set lewww untuk selesaikan masalah .

ni antara masalah selalu dan biasa berlaku dalam aircond system terutamanya myvi dan alza



Selalu sangat dah clutch ni cair .



masa tengok2 clutch magnet tu boleh la usha belt compressor sekali ( tali sawat omputih cakap )

kalau putus memang la aircond tak sejukkkk braderrr.




Bukak cover fusebox dekat bahagian engine


Cari fuse compressor , kebiasaannya manufacturer letak nama A/C COMP

Check fuse tu sama ada putus atau tak



kalau putus tukarkan yang baru setel

kalau masuk yang baru tak sampai 5 minit dia putus semula , itu masalah MAGNET COMPRESSOR SHORT CIRCUIT



dekat fusebox tu jugak ada COMPRESSOR RELAY .. relay ni petak macam dalam gambar ni , manufacturer biasa letak nama A/C COMP RELAY

kalau fuse tak putus , try swap relay compressor ni dengan relay horn

kalau ON aircond , compressor hidup lepas swap relay , kompomlah relay compressor dah kong

tukaukan relay yang baru setel problem.


Kebiasaannya masalah tiba tiba tak sejuk ni jugak melibatkan gas,
Kalau gas dalam aircond system gas dah takda atau SANGAT kurang , memang compressor tak akan hidup

Korang boleh pakai kunci . cucuk kunci tu dekat valve aircond di pipe .

Sediakan kain buruk masa korang check gas ni.

korang akan rasa gas aircond keluar dengan kuat jika gas aircond masih ada .


Bila kita cucuk valve tu langsung atau slow je gas yang keluar , kompom ada KEBOCORAN dalam aircond system.

nak check bocor ni payah sket sebab dekat mana2 bahagian aircond system ni gas boleh bocor .
Ni korang kena pergi bengkel utk cek.kami boleh tolong check .



Selepas check fuse OK , relay OK , gas pun OK
boleh proceed untuk bypass pressure switch .

Kalau switch ni rosak , compressor tak akan hidup . cari pressure switch ni dekat pipe aircond . 

Boleh bypass switch tu macam dalam gambari ni



Kalau compressor hidup lepas bypass , maka dengan ini kompom lah pressure switch dah rosak .
Gantikan yang baru setel problem



Semua benda pun dah check tapi masih tak jumpa masalah 
boleh teruskan untuk check current supply dekat wire ke compressor .
kalau supply api ada , kompomlah clutch magnet dah rosakkk

TAPI....kalau nak tambahkan lagi kesejukkan aircond kereta anda...dan nak buat sistem kenderaan anda jadi lebih baik klik link SINI 




Popular posts from this blog

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

TESTIMONI PENGGUNA MPR