Posts

Showing posts from 2016

FEEDBACK CUSTOMER -> AGENT

Image
Di bawah adalah feedback dari customer KISB yang ingin menjadi agent selepas menggunakan produk-produk MPR yang memberikan penjimatan terbaik.. Sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus ke HQ  di talian 010-5109300 / 010-5109311..

6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA

Image
Clutch magnet ni korang boleh tengok dulu , kalau dah cair macam gambar ni memang kena tukar clutch magnet set lewww untuk selesaikan masalah . ni antara masalah selalu dan biasa berlaku dalam aircond system terutamanya myvi dan alza Selalu sangat dah clutch ni cair . masa tengok2 clutch magnet tu boleh la usha belt compressor sekali ( tali sawat omputih cakap ) kalau putus memang la aircond tak sejukkkk braderrr. Bukak cover fusebox dekat bahagian engine Cari fuse compressor , kebiasaannya manufacturer letak nama A/C COMP Check fuse tu sama ada putus atau tak kalau putus tukarkan yang baru setel kalau masuk yang baru tak sampai 5 minit dia putus semula , itu masalah MAGNET COMPRESSOR SHORT CIRCUIT dekat fusebox tu jugak ada COMPRESSOR RELAY .. relay ni petak macam dalam gambar ni , manufacturer biasa letak nama A/C COMP RELAY kalau fuse tak putus , try swap relay compressor ni dengan relay horn

PEMILIK KERETA PERLU TAHU BASIC CARA PENJAGAAN KERETA

Image
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis. Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat. 1.   MINYAK HITAM Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau  5,000km  atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km. 2 .  FILTER Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km Kebiasaannya, apabila menukar minyak enj

10 Tips Asas Menjaga Kereta Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Image
Wah..cantik keta nie walaupun dah lama! Masih cantik lagi kereta ko ye...pandai ko jaga...tu ayat bila orang tengok kereta lama yang masih cantik dan prestasi masih gagah.Malangnya kebanyakan dari kita termasuk saya sendiri bukanlah pakar di dalam penjagaan kereta. Setakat nie kata orang kereta Malaysia paling mudah nak jaga ..betul ke? Pada saya datang lah apa jenis keta pun, semua kena ada ilmu, ada yang cadang beli kereta baru je, namun kereta nie, kereta second hand kalau menarik dan minat ramai yang menggunanya, termasuklah saya sendiri Memang terdapat servis yang khusus, terutama kereta baru, namun ramai jugak pomen yang suka ambik kesempatan, rosaknya sikit je, tapi balun duit cukup cukup dengan bagitau banyak bahagian yang rosak, korang pernah alami masalah nie tak? Terdapat perbezaan yang ketara terutamanya bila kita bercakap tentang penjagaan kereta. Selain servis tukar minyak hitam atau minyak enjin terdapat jugak aspek lain, seperti cara pemanduan dan cara untu

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

Image
01. Isi Minyak Awal Pagi atau Tempat Tinggi . Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.  02. Tekan Nozzle Perlahan-lahan. Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya kedalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol anda. 03. Isi Minyak Sampai Penuh. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. 04. Kurangkan Beban Kenderaan. Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%. 05. Periksa Tekanan Tayar Anda. Perhatikan tekanan angin tayar anda. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan minyak kerana geseran berlebihan. 06. Servis Kendera