Berapa Kos Sara Kereta Anda Yg sebenar? MYVII Lebih 1,200 Sebulan



Berapa Kos Sara Kereta yang Sebenar? Bukan Bayar Ansuran Sahaja



 

RAMAI orang bertanya, berapa kos sara kereta yang sebenar? Nasihat pakar kewangan, jangan beli kereta baharu kerana ia satu bentuk pelaburan susut nilai. Komitmen hutang bank kekal bertahun lama, sedangkan kondisi kereta dan nilai jual semula (resale value) merosot sebaik saja keluar bilik pameran. Kata pakar-pakar itu lagi, kalau terpaksa juga beli kereta, carilah kereta terpakai yang murah bayaran ansurannya.
Ini kerana membeli kereta bukan saja tentang kemampuan anda melangsaikan ansuran bulanan, tetapi juga kos senggara, baik pulih dan petrol. Jika anda membayar ansuran Perodua Myvi lebih kurang RM550 sebulan, anda sebenarnya turut menanggung kos-kos lain.
Sekarang, MPR akan bantu anda merangka dan merancang serta membuatkan anda berfikir mengenai anggaran kasar kos sara kereta anda dengan menggunakan Perodua Myvi sebagai contoh kajian. Setiap kos berbeza mengikut jenis kereta, kekerapan penggunaan dan gaya pemanduan. Selamat berkira-kira! 🙂

1. PETROL

stres-isi-minyak-pandulajudotcomdotmy
Anggaran isian minyak penuh Myvi ialah RM84.80 bagi 40 liter minyak (pada harga petrol RM2.12/liter). Jika memandu normal dalam kelajuan 70-90kmj bagi jarak perjalanan 50km sehari, penggunaan petrol mampu bertahan selama lima
 hari (Isnin - Jumaat) dengan sekali isian penuh. Jarak 50km ialah anggaran ulang-alik dari KL-Shah Alam yang menjadi jarak rutin biasa warga Lembah Klang.
Kos petrol ialah: RM84.80/5hari perjalan *30hari sebulan minggu =RM508.8/bulan atau RM6,105.60/tahun.
NOTA: Kos petrol berubah mengikut jarak perjalanan anda menggunakan kereta dari rumah ke tempat kerj dan cara pemanduan anda. Memandu di atas 100kmj atau sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas membuatkan kos petrol semakin meningkat.

2. SERVIS

servis-kereta-pandulajudotcomdotmy
Mengambil kira tempoh servis 3 bulan sekali, ini bermakna kereta anda perlu disenggara sebanyak empat kali dalam setahun dan satu daripadanya ialah servis major. Andaikan purata servis biasa, RM150/servis dan servis major RM450.
Kos servis ialah: RM150/servis biasa * 3 kali = RM450 + RM450 (servis major) = RM900/tahun.
Jika dibahagikan mengikut bulan, anda sebenarnya memperuntukkan kira-kira RM75/bulan untuk kos senggara.

3. CUKAI JALAN & INSURANS

myeg-renew-insurance-roadtax-pandulajudotcomdotmy
Walaupun cuma setahun sekali, jangan pula dilupakan belanja cukai jalan (RM70) dan insurans (anggaran purata RM700) untuk setahun.
Kos cukai jalan + insurans = RM770/setahun atau RM65/bulan.

4. LAIN-LAIN

polish-kereta-pandulajudotcomdotmy
Perbelanjaan 'lain-lain' ini ialah kos sampingan yang perlu anda keluarkan bergantung kepada ragam kereta anda. Misalnya, belanja cuci dan gilap kereta, tukar mentol lampu, ganti bilah pengelap (wiper) dan beli pewangi.
Tidak perlu banyak, anggarkan saja kos lain-lainRM20/bulan atau RM240/tahun.

BERAPA JUMLAH BELANJA BULANAN?

rancang-kewangan-pandulajudotcomdotmy
Inilah kos bulanan kereta anda:
Ansuran bank = RM550
Petrol = RM508.80
Servis = RM75
Cukai jalan & insurans = RM65
Lain-lain = RM20
JUMLAH KESELURUHAN = RM1,293.80


Bayangkan kos perbelanjaan yang anda perlukan untuk setahun bagi kereta Myvii kesayangan anda adalah RM 15,525.60

Sekali lagi kami ingatkan. Ini cuma anggaran kasar mengikut jenis kereta, jarak penggunaan dan gaya pemanduan yang pastinya berbeza. Anggaran yang dibuat adalah berdasarkan model Perodua Myvi dengan jarak pemanduan lebih kurang 50km/hari dalam gaya pemanduan normal (60-80kmj).
Ini juga bukan belanja yang perlu anda keluarkan setiap bulan kerana sesetengah kos diperlukan dalam tempoh bulan tertentu. Misalnya, kos servis perlu dibelanjakan 3 bulan sekali (mungkin kurang atau lebih), manakala kos cukai jalan dan insurans setahun sekali.
Anda mungkin kurang berbelanja pada bulan 1 dan 2, tetapi perlu berbelanja lebih pada bulan 3. Namun hakikatnya, ia tetap kos yang perlu anda belanjakan walaupun gaji anda mungkin ditampung bonus tahunan, elaun, atau komisen lain.
Jika gaji anda RM3,000 sebulan, anda sebenarnya sedang membelanjakan lebih kurang 42% daripada gaji anda atau lebih mudah hampir separuh dari gaji yang anda peroleh anda gunakan untuk menyara kereta kesayangan anda secara tidak sedar. Dari segi realiti kewangan, itulah kos sebenar sebuah kereta yang perlu anda tanggung setiap bulan. Jadi, berjimat sehabis mungkin ialah langkah terbaik. Sebagai cadangan anda juga boleh gunakan alat penjimat minyak MPR yang diyakini selamat dan telah diuji oleh SIRIM QAS INTERNASIONAL. Selamat merancang kewangan dengan bijak!

Popular posts from this blog

6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

TESTIMONI PENGGUNA MPR