Ciri-Ciri Usahawan Yang Menepati Ajaran Islam.

ASSALAMUALAIKUM....


Bersyukurlah kepada Allah,kerana dilahirkan islam.Bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan rezeki menjalankan perniagaan.Mengerjakan perniagaan adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama.Malah nabi saw adalah usahawan yang amanah,cemerlang dan menjadi tauladan yang baik.Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agarmenjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.Antara ciri-ciri tersebut ialah:

Menunaikan solat lima waktu.

Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.


Mementingkan rezeki halal.

Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.


Sentiasa benar.

Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan
perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan.
“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga”.


Mengutamakan hak pengguna.

Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.



Menunaikan zakat.

Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat



Sentiasa bersyukur.

Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan.

Menjaga perhubungan baik dengan manusia.

Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan.


Membantu usahawan lain.

Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan







          BERMINAT UNTUK MENJADI USAHAWAN?????



KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA SEHINGGA BERJAYA!!! INSYAALLAH
HOTLINE 
010-5109311/010-5109300

Popular posts from this blog

6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

TESTIMONI PENGGUNA MPR