About Us

About MPR



Kilauan Impian Sdn. Bhd. (964051-H) adalah merupakan sebuah syarikat bumiputra yang terlibat dalam industri automotif melalui produk-produk automotif berteknologi dan berkualiti tinggi yang juga telah dipatenkan , hasil kepakaran kejuruteraan yang tinggi menerusi kajian dan pembangunan (R&D) yang berterusan bagi menghasilkan produk berteknologi tinggi dan moden, sejak tahun 2011.

Bagi memanfaatkan lagi kelebihan dan kepakaran yang meluas dalam bidang teknologi penjimatan minyak dan minyak pelincir kenderaan, KISB telah memperkenalkan MPR AUTOPERFOMANCE sebagai pemacu utama produk automotif dan menjadi peneraju utama bagi segmen penjimat minyak kenderaan yang di jenamakan sebagai MPR FUEL SAVER dan segmen minyak pelincir di dengan jenama MPR LUBRICANT.

Kami sentiasa mempertingkatkan kebolehupayaan produk keluaran kami bagi memastikan pelanggan-pelangan kami sentiasa mendapat pengalaman yang berbeza dari segi kualiti dan kepuasan luar biasa yang berterusan apabila menggunakan produk-produk MPR AUTOPERFOMANCE.


      Kepakaran kami bukan sahaja sekadar terhad dalam penghasilan produk, malah kami turut membangunkan kitaran keusahawanan yang mampan melalui latihan keusahawanan dan peluang perniagaan kepada masyarakat umum yang berminat meningkatkan taraf hidup mereka menjadi luar biasa. Jaringan keusahawanan yang dihasilkan dibawah program yang dinamakan “program usahawan MPR” ini dapat meningkatkan pendapatan mereka kearah keluarga berpendapatan tinggi, perkara ini juga dapat mendorong ekonomi masyarakat sekeliling dan melonjakkan Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

KISB sebagai sebuah syarikat yang dipercayai dan berintergriti tinggi, kami komited memudahkan pelanggan kami melalui produk-produk MPR AUTOPERFOMANCE bagi menikmati faedah-faedah penjimatan yang berterusan, perkara ini sekalugus dapat meningkatkan taraf kewangan, peribadi dan keluarga, melalui penjimatan yang diperoleh.

KISB yakin dan percaya kepakaran kejuruteraan dan perkhidmatan yang kami tawarkan dapat memberi pengalaman dan inspirasi luar biasa yang berterusan dalam menghadapi cabaran hidup moden, ke arah menjadikan kehidupan yang indah dan lebih mudah.

C.E.O
Kilauan Impian Sdn. Bhd

Popular posts from this blog

6 PUNCA AIRCOND ANDA TAK SEJUK....NO. 4 KUNCI UTAMA

18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan

TESTIMONI PENGGUNA MPR